Multi Language [EN] | [MY]
Peta Laman
Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Kenal pasti begini

Pautan portal rasmi berakhir dengan .gov.my

Sekiranya anda melihat pautan selain .gov.my, segera tutupkan halaman itu walaupun ia menyerupai portal rasmi!

Portal yang selamat menggunakan HTTPS

Periksa ikon loker ( ) atau https:// di depan pautan. Sekiranya tiada, jangan kongsikan sebarang maklumat sensitif.

Siaran Media

"Cahaya Madani", Sinar Perpaduan" Serikan Sambutan Deepavali Peringkat Kebangsaan 2025

2 mins
·

SIARAN MEDIA

“CAHAYA MADANI, SINAR PERPADUAN” SERIKAN SAMBUTAN DEEPAVALI PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

KUALA LUMPUR, 18 Oktober 2025 – Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 yang dianjurkan oleh Kementerian Digital dengan sokongan Kementerian Perpaduan Negara berlangsung dengan penuh warna-warni dan meriah di Lot F, KL Sentral, hari ini.

Majlis yang bertemakan “Cahaya MADANI, Sinar Perpaduan” ini berjaya menarik kehadiran lebih 5,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk warga kementerian, komuniti setempat, rakan industri serta pelancong tempatan dan antarabangsa. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, serta YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital.

YB Gobind Singh Deo menyatakan bahawa penganjuran rumah terbuka seperti ini bukan sahaja meraikan kepelbagaian budaya, tetapi turut memperkukuh nilai perpaduan dan kasih sayang sesama rakyat, selaras dengan semangat Malaysia MADANI.

Pelbagai persembahan kebudayaan masyarakat India, tarian tradisional serta hidangan istimewa Deepavali turut memeriahkan suasana, mencerminkan keindahan warisan budaya dan semangat perpaduan Malaysia.

Penganjuran tahun ini sekali lagi membuktikan komitmen Kementerian Digital dalam mengangkat nilai “Cahaya MADANI” sebagai simbol pencerahan, harapan dan kemanusiaan yang akhirnya membentuk “Sinar Perpaduan” dalam kalangan rakyat Malaysia.

-TAMAT-

Dikeluarkan oleh:

Kementerian Digital.


18102025_SIARAN MEDIA_“CAHAYA MADANI, SINAR PERPADUAN” SERIKAN SAMBUTAN DEEPAVALI PERINGKAT KEBANGSAAN 2025.pdf

0.07MB

18102025_PRESS RELEASE_“CAHAYA MADANI, SINAR PERPADUAN” BRIGHTEN THE NATIONAL DEEPAVALI CELEBRATION 2025.pdf

0.14MB

Jata Negara

Kementerian Digital

Aras 13, 14 & 15, Blok Menara,
Menara Usahawan
No. 18, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya, Malaysia

Ikuti Kami

Hak Cipta Terpelihara © 2025